Thursday 18 October 2012

ISU KULIT ALBUM, MIZZ NINA MINTA MAAF




Penyanyi bertaraf antarabangsa, MizzNina menimbulkan kemarahan segelintir pihak apabila dikatakan tidak berkenaan kesilapan yang terdapat di kulit albumnya, ‘Take Over’.

Menerusi ucapan penghargaan MizzNina di dalam albumnya, pelantun lagu ‘Summer Burning’ ini dikatakan telah terlepas pandang dengan menulis “I would like to say thank you to Allah S.A.W” di mana beliau sepatutnya menulis Allah S.W.T.

Perkara ini telah menjadi satu kontroversi panas apabila MizzNina mahupun pihak pengurusannya tidak mengambil inisiatif untuk memperbetulkan perkara tersebut apatah lagi album tersebut sudah lama berada di pasaran. Bagi mendapatkan penjelasan MizzNina mengenai isu ini, GUA menghubungi sendiri MizzNina dan berikut merupakan jawapan tulus beliau.

“Apa yang Nina boleh katakan, itu adalah satu kesilapan yang jujur dari seorang artis. InsyaAllah perkara ini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan. Nina sendiri menerima perkara ini sebagai satu kesilapan dan memohon maaf atas apa yang berlaku. Sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita tidak terlepas dari membuat kesilapan,” ujarnya mengulas mengenai perkara yang dibangkitkan.

Dalam perkembangan lain, MizzNina bakal terbang ke Pulau Boracay, Filipina, Sabtu ini bagi menjalani penggambaran program realiti, ‘Destinasi Cinta Bersama Air Asia’ bersama suami, Noh Hujan. Manakala pada hujung bulan ini, Nina akan berangkat ke Melbourne, Australia bagi mengembangkan lagi karier seninya di sana.

Sumber : Gua.com.my

0 comments:

-Asslamualaikom Tingalkan Comment Anda !
-Kalau Suka Tekan LIKE
-Insyaallah Comment Anda Akan Dilayan

Terima Kasih Kerana Lepak sini:) Nanti Datang Lagi Yerr Sayang U aLL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...