Saturday 13 October 2012

ALERT: Sistem Keselamatan KLCC Lemah??

Screen Elektronik Suria KLCC di gondam oleh penggondam bernama Haboque Ferus...kejadian ini dikata berlaku ketika rakyat malaysia sedang seronok menyambut kemerdekaan negara ke-55

Gambar-gambar ini jelas menunjukkan perkataan "haboque" tertera ni skrin papan iklan elektronik terbabit.




Menurut beliau, radio frekuensi elektronik komputer di KLCC menggunakan Advanced Encryption Standard (AES) 128. AES ialah "cryptographic algorithm" yang digunakan untuk melindungi data digital. Dengan menggunakan telefon bimbit model Blackberry kepunyaan beliau yang telah diubahsuai, beliau mencari frekuensi radio di sekitar KLCC dan telah menjumpai komputer yang bertanggungjawab mengawal papan iklan elektronik. Selepas berjaya mengakses komputer tersebut, beliau menggantikan iklan dengan mesej "error" seperti di dalam gambar di atas.

Sejauh mana kebenaran cerita Haboque Ferus ini, cuma dapat dibuktikan dengan gambar-gambar di atas. Jikalau cerita ini benar, admin mengucapkan syabas kepada Haboque Ferus kerana dengan rasa ingin tahu beliau, beliau telah menunjukkan bahawa sistem keselamatan di KLCC masih berada di tahap yang rendah.

admin berharap pihak berwajib di KLCC dapat ambil tindakan dengan segera kerana tidak mustahil ada ramai lagi yang mampu lakukan seperti apa yang Haboque Ferus ini lakukan, terutamanya untuk melindungi sistem dari diakses oleh orang yang berniat jahat.

SUMBER : KENAHACK.COM



0 comments:

-Asslamualaikom Tingalkan Comment Anda !
-Kalau Suka Tekan LIKE
-Insyaallah Comment Anda Akan Dilayan

Terima Kasih Kerana Lepak sini:) Nanti Datang Lagi Yerr Sayang U aLL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...