Wednesday, 19 September 2012

Luar Biasa! Bagaimana Wanita Ini Menarik Kenderaan Dengan Rambutnya


Jika sebelum in, seorang lelaki pernah mencetuskan fenomena tersendiri apabila Devendirani berjaya menarik kapal terbang seberat 110 tan menggunakan rambut dan van seberat 1.3 tan mengguna cuping telinga 10 tahun lalu. Anaknya pula ketika berusia sembilan tahun, D Shanmuga Priya pernah melakar sejarah tersendiri dengan menarik van seberat 1.3 tan menggunakan rambut sejauh 57.7 meter.

Priya menarik van seberat 1.3 tan menggunakan rambut.



Namun semalam, gadis yang kini berusia 20 tahun itu mengulangi kejayaan sekali lagi apabila berjaya menarik van berat yang sama tanpa henti sejauh 96.4 meter sekali gus memecahkan rekod dibuatnya sendiri 11 tahun lalu dan tercatat di dalam Malaysia Book Of Record.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, dia sama sekali tidak menyangka berjaya menarik van sejauh itu sedangkan sasaran awalnya hanya 70 meter.

“Apa yang saya buat ini adalah berdasarkan latihan menarik lori 1.2 tan setiap minggu selama sebulan selain mengamalkan makan hanya buah dan sayuran,” katanya.

Menurutnya, teknik pernafasan juga memainkan peranan penting bagi memastikan dia tidak cepat penat selain mengamalkan petua lain termasuk bersenam setiap hari.


0 comments:

-Asslamualaikom Tingalkan Comment Anda !
-Kalau Suka Tekan LIKE
-Insyaallah Comment Anda Akan Dilayan

Terima Kasih Kerana Lepak sini:) Nanti Datang Lagi Yerr Sayang U aLL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...