Tuesday, 4 December 2012

Beginilah Cara Ketua Gangster Di China Cari Isteri


Di China terdapat banyak taikun kaya yang terlalu sibuk nak dating akibat bisnes dan terpaksa membeli bini. Terkini 11 orang hartawan berstatus billionaire menawarkan ganjaran Yuan 50 000 kepada agensi perkahwinan yang berjaya mencarikan isteri yang sesuai untuk mereka.

Tidak mengejutkan tawaran ini menyebabkan lebih 2000 wanita berpusu-pusu untuk mencuba nasib menjadi calon isteri kepada billionaires ini. Wanita yang menawarkan diri mereka datang bukan sahaja dari China malahan ada yan datang dari Singapura dan Australia. Dari 2000 yang memohon hanya 320 orang diminta menghadiri sesi temu bual bagi mengecilkan selection pool kepada hanya 28 orang.

Mereka ditemurah di Guangzhou

1) Mereka tidak pernah menjalani pembedahan plastik. Seorang doktor akan memeriksa tubuh mereka bagi memastikan mereka ori.

2) Temu ramah berkenenaan tahap pendidikan dan pemahaman seni. Billionaire mahukan bini yang ada status dan bukan bini semata-mata

3) Ujian psikologi.. bagi memastikan calon bini tidak mental

4) Pemeriksaan bintang Astrologi - Kerana billionaire superstitious dan mahukan bini yang sesuai dengan bintang zodiak

5) Saringan akhir dimana calon bini dipasangkan dengan salah seorang dari 11 billionaire.



Read more

Monday, 3 December 2012

Mengapakah Semut Berhenti Apabila Bertemu Semut Yang Lain?


Apabila seekor semut bertembung di antara satu sama lain, mereka akan saling berhenti dan merapatkan kepala. Namun tahukah kita apakah sebenarnya yang serangga ini lakukan?

Jika kita perasan, semut merupakan serangga yang sering bergerak dalam satu barisan yang panjang. Ada kalanya, jika seekor semut itu bergerak secara solo, dan bertembung pula dengan semut yang lain, kita akan dapat melihat mereka akan berhenti untuk beberapa ketika. Namun mengapa ini terjadi? Adakah mereka sedang menyapa di antara satu sama lain.

.C. Schneirla, seorang penyelidik di New York University, pernah mengadakan percubaan dengan semut dimana ia mengambil seekor semut lalu diletakkan dalam tempat yang berisi makanan.

Dan kemudian semut lain diletakkan dalam tempat yang berisi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diamati terutama ketika bertemu dengan semut lain dalam perjalanannya.

Dari penyelidikan itu, Schneirla menyimpulkan bahawa zat kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut akan melekat pada semut itu. Ketika bertemu dengan semut lain, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan).

Maka, dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut tersebut akan memberi tau rakannya (melalui antena di kepala semut)apakah di lingkungan sekitarnya ada makanan atau ada musuh.


Read more

Zizan Perjelaskan Isu Komen Mesra Dengan Nora Danish


Zizan Perjelas Isu Komen Mesra Dengan Nora Danish Di Twitter | Sebelum ini dunia hiburan tempatan kecoh dengan twitter mesra Zizan Razak bersama Nora Danish dengan panggilan papa mama di laman tersebut.

Berikut merupakan penjelasan Zizan tentang isu tersebut apabila ditemui di sidang media Anugerah Bintang Popular 26

ZIZAN - “Semua itu hanya gurauan semata mata — saya dan Nora Danish tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa. Saya selesa berjumpa dengan dia dalam mana-mana majlis kerana dia kelakar seperti saya juga dan setakat ini saya tidak menyimpan sebarang perasaan terhadap Nora Danish”

Jadi, semua cerita-cerita mama papa sudah diperjelas oleh Zizan sendiri. Harap tidak ada lagi yang cuba nak memperbesarkan perkara ini.

p/s : Harap-2 macam tue lah (>_<)v 


Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...