Sunday, 20 January 2013

PAKAIAN WANITA DIPERBUAT DARIPADA BELON

Lady Gaga pernah memakai pakaian yang diperbuat daripada daging. Hari ini mari lihat pakaian yang diperbuat daripada belon. Ianya rekaan pereka fesyen Jepun Rie Hosokai.

#Cuba anda bayangkan , pakaian daripada belon ? . Wow Gempak seyh .






Read more

Wednesday, 16 January 2013

Sekitar Hari Tanpa Seluar Di Dalam Tren Untuk Tahun 2013

Seperti tahun-tahun lepas, Hari Tanpa Seluar Di Dalam Tren telah berlangsung. Tahun ini tarikhnya jatuh pada 13 Januari 2013 dan berlangsung di seluruh dunia. 
















Read more

APABILA SPIDERMAN DAN CAPTAN AMERICA MENJADI PENCUCI CERMIN HOSPITAL


Di Hospital Kanak-Kanak Le Bonheur Memphis, tiga orang pekerja pencuci tingkap bekerja sambil memakai pakaian adiwira Spiderman dan Captain America. Steve Oszaniec, Danny Oszaniec dan Jordan Emerson mengenakan pakaian ini supaya ianya menggembirakan pesakit kanak-kanak yang tinggal di dalam wad hospital.

#Satu idea yang cool!



Read more

Tuesday, 4 December 2012

Beginilah Cara Ketua Gangster Di China Cari Isteri


Di China terdapat banyak taikun kaya yang terlalu sibuk nak dating akibat bisnes dan terpaksa membeli bini. Terkini 11 orang hartawan berstatus billionaire menawarkan ganjaran Yuan 50 000 kepada agensi perkahwinan yang berjaya mencarikan isteri yang sesuai untuk mereka.

Tidak mengejutkan tawaran ini menyebabkan lebih 2000 wanita berpusu-pusu untuk mencuba nasib menjadi calon isteri kepada billionaires ini. Wanita yang menawarkan diri mereka datang bukan sahaja dari China malahan ada yan datang dari Singapura dan Australia. Dari 2000 yang memohon hanya 320 orang diminta menghadiri sesi temu bual bagi mengecilkan selection pool kepada hanya 28 orang.

Mereka ditemurah di Guangzhou

1) Mereka tidak pernah menjalani pembedahan plastik. Seorang doktor akan memeriksa tubuh mereka bagi memastikan mereka ori.

2) Temu ramah berkenenaan tahap pendidikan dan pemahaman seni. Billionaire mahukan bini yang ada status dan bukan bini semata-mata

3) Ujian psikologi.. bagi memastikan calon bini tidak mental

4) Pemeriksaan bintang Astrologi - Kerana billionaire superstitious dan mahukan bini yang sesuai dengan bintang zodiak

5) Saringan akhir dimana calon bini dipasangkan dengan salah seorang dari 11 billionaire.



Read more

Monday, 3 December 2012

Mengapakah Semut Berhenti Apabila Bertemu Semut Yang Lain?


Apabila seekor semut bertembung di antara satu sama lain, mereka akan saling berhenti dan merapatkan kepala. Namun tahukah kita apakah sebenarnya yang serangga ini lakukan?

Jika kita perasan, semut merupakan serangga yang sering bergerak dalam satu barisan yang panjang. Ada kalanya, jika seekor semut itu bergerak secara solo, dan bertembung pula dengan semut yang lain, kita akan dapat melihat mereka akan berhenti untuk beberapa ketika. Namun mengapa ini terjadi? Adakah mereka sedang menyapa di antara satu sama lain.

.C. Schneirla, seorang penyelidik di New York University, pernah mengadakan percubaan dengan semut dimana ia mengambil seekor semut lalu diletakkan dalam tempat yang berisi makanan.

Dan kemudian semut lain diletakkan dalam tempat yang berisi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diamati terutama ketika bertemu dengan semut lain dalam perjalanannya.

Dari penyelidikan itu, Schneirla menyimpulkan bahawa zat kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut akan melekat pada semut itu. Ketika bertemu dengan semut lain, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan).

Maka, dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut tersebut akan memberi tau rakannya (melalui antena di kepala semut)apakah di lingkungan sekitarnya ada makanan atau ada musuh.


Read more

Zizan Perjelaskan Isu Komen Mesra Dengan Nora Danish


Zizan Perjelas Isu Komen Mesra Dengan Nora Danish Di Twitter | Sebelum ini dunia hiburan tempatan kecoh dengan twitter mesra Zizan Razak bersama Nora Danish dengan panggilan papa mama di laman tersebut.

Berikut merupakan penjelasan Zizan tentang isu tersebut apabila ditemui di sidang media Anugerah Bintang Popular 26

ZIZAN - “Semua itu hanya gurauan semata mata — saya dan Nora Danish tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa. Saya selesa berjumpa dengan dia dalam mana-mana majlis kerana dia kelakar seperti saya juga dan setakat ini saya tidak menyimpan sebarang perasaan terhadap Nora Danish”

Jadi, semua cerita-cerita mama papa sudah diperjelas oleh Zizan sendiri. Harap tidak ada lagi yang cuba nak memperbesarkan perkara ini.

p/s : Harap-2 macam tue lah (>_<)v 


Read more

Haw Par Villa Taman Tema Paling Pelik Di Singapore


Haw Par Villa, yang asalnya dikenali sebagai Tiger Balm Garden ialah Taman Mitologi Cina yang terletak di Singapore. Taman ini mempunyai lebih dari 1000 patung-patung yang paling pelik dan seram dan juga terdapat 150 diorama yang mencerminkan suasana dari lagenda Cina, sejarah dan ilustrasi berdasarkan Confucianism.

Tiger Balm Garden ini dibina pada tahun 1937 oleh adik beradik Aw Boob Haw dan Aw Boon Par sebagai menyambut kebudayaan masyarakat Cina. Mereka kemudiannya menjual taman tersebut kepada Singapore Tourism Board yang menukarkan nama taman tersebut kepada Haw Par Villa (Dragon World). Tetapi sekarang taman ini selalunya kosong dan jarang dikunjungi oleh kerana suasana yang menyeramkan dan mengganggu minda para pengunjung.



















Read more

Sunday, 2 December 2012

Meninggal Dunia Di Bangku Stesen Kereta Api Untuk Beberapa Hari (6 Photos)

Seorang lelaki tua ditemui mati duduk di atas satu bangku stesen kereta api Shanxi Taiyuan. Selepas bedah siasat, orang tua tersebut didapati mati untuk beberapa hari tanpa disedari oleh orang sekeliling. Pada 25 November, seorang pelancong yang ingat orang tua tersebut tertidur cuba gerakkan dia agar tidak terlepas kereta api terkejut kerana seluruh badannya begitu sejuk. Dia kemudian dilaporkan mati oleh pihak medik di sana.








p/s : This is China !!~

Read more

Budak 8 Tahun Hartawan Internet



Sementara kawan-kawannya bermain permainan komputer, Harli Jordean yang berumur 8 tahun ini sibuk berurusan dengan pembekal, membeli saham dan mengendalikan pesanan empayar guli di internet.Hartawan kecil dari London ini telah menjalankan laman web marbleking.co.uk selama dua tahun.Permintaan yang tinggi terhadap perniagaan Harli termasuk dari Amerika  membuatnya terlalu sibuk sehingga perlu mengambil ibu dan dua orang abang untuk bekerja dengannya.Walaupun berjaya dalam usia yang begitu muda, Harli terus belajar kerana beliau seorang yang bercita-cita tinggi.


Harli berkata "impian saya adalah untuk mempunyai rangkaian kedai-kedai seperti Hamleys - ia akan menjadi salah satu daripada kedai-kedai mainan terbesar di dunia tetapi menjual semua jenis guli."




p/s : bangga tul kalau aku jadi macam budak nie (^_^)v

Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...